Sejarah Bahagian
Keluasan & Kepadatan Populasi
Dari Kota Samarahan kita memulakan perjalanan ke Daerah Asajaya. Untuk ke Pekan Asajaya kemudahan jalanraya amatlah baik. Permulaan perjalanan ke destinasi tersebut kita terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Batang Samarahan untuk ke Asajaya dan terus ke Sadong Jaya. Perkhidmatan Feri disini bergantung pada paras ketiggian iaitu pasang surut air sungai, jika paras air rendah bermakna perkhidmatan feri tidak beroperasi, maka perjalanan terpaksa menggunakan jalan darat melalui Jalan Entingan iaitu persimpangan jalan menuju ke UiTM menghala ke Kampung Melayu untuk terus ke Asajaya.
Untuk perjalanan ke Daerah Serian jaraknya kira-kira 60 kilometer memakan masa kurang dari satu jam dengan kemudahan jalanraya yang sangat baik. Dari Pekan Serian, untuk terus ke Daerah Simunjan perjalanan melalui jalan Serian / Sri Aman sejauh kira-kira 110 kilometer untuk sampai ke Pekan Simunjan. Sejak bulan April yang lalu terdapat satu lagi alternatif untuk ke Daerah Simunjan dengan melalui Sadong Jaya dan menggunakan perkhidmatan Feri dari Sungai Buloh untuk menyeberangi Batang Sadong untuk ke Kampung Seruyuk. Dari Pengkalan Feri Seruyuk ke Pekan simunjan jaraknya kira-kira 21 kilometer sahaja. Dengan melalui alternatif ini boleh menyingkat jarak perjalanan walaupun jalannya masih lagi belum siap sepenuhnya.