Latar Belakang




Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan






Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan adalah merupakan sebuah mercu tanda pusat pentadbiran bahagian. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1987 setelah diistiharkan sebagai sebuah bahagian yang baru di Negeri Sarawak.

Sebelum itu Pejabat Residen Bahagian Samarahan memulakan operasinya di bangunan Pejabat Daerah Samarahan yang ada sekarang sebelum berpindah ke bangunannya sendiri pada awal tahun 1992. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 28 Ogos 1992. Selain dari Pejabat Residen Samarahan ia juga turut menempat beberapa agensi yang lain seperti Pejabat Perbendaharan Negeri, Jabatan Kebajikan Bahagian Samarahan dan juga Pejabat Pos. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan juga pernah beroperasi di bangunan ini sebelum mereka berpindah ke bangunan masing-masing.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan diketuai oleh Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini sebagai Residen Bahagian Samarahan yang keempat. Beliau mula berkhidmat Sebagai Residen Bahagian Samarahan pada 1 Februari 2002 sehingga sekarang. Residen yang pertama dilantik sebagai Residen Bahagian Samarahan ialah Datuk Haji Bolhen Haji Nor yang berkhidmat mulai 1 September 1987 sehingga 24 September 1993 manakala Pengiran Haji Zain Pengiran Haji Salleh adalah merupakan Residen yang kedua memulakan khidmatnya pada 25 September 1993 sehingga 30 Jun 1999. Sementara Tuan Haji Sarudu bin Haji Hoklai ialah Residen yang ketiga berkhidmat di Bahagian Samarahan bermula dari 1 Julai 1999 sehingga 31 Disember 2002.

Residen adalah merupakan Ketua Pentadbiran Bahagian Samarahan dengan dibantu oleh Timbalan Residen, Encik Abdullah Upang yang juga bertanggungjawab sebagai ketua di Unit Pembangunan Bahagian Samarahan. Sementara di peringkat Daerah ianya diketuai oleh Pegawai Daerah sementara di peringkat Daerah Kecil diketuai oleh Pegawai Tadbir. Pejabat Residen Bahagian Samarahan mempunyai keanggotaan seramai 5 orang Pegawai Tadbir, 4 orang Penolong Pegawai Tadbir, 1 orang Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan), 1 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), 1 orang Pelukis Pelan (Kejuruteraan), 3 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian), 3 Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip), 2 orang Pembantu Am Rendah, 2 orang Pemandu Kenderaan, 2 orang Jaga dan 2 orang Pekerja Rendah Awam.