Visi & Misi

VISI

Pejabat Residen Samarahan beriltizam menjadi organisasi yang unggul dan progresif untuk memangkin perubahan ke arah pembangunan mapan dan harmoni.





MISI

Untuk mencapai visi yang telah termaktub, maka kami dengan ini bertekad Mengukuh kecekapan, ketelusan, kepercayaan, keberkesanan dan kemesraan terhadap pelanggan dalam menyalurkan perkhidmatan dan pentadbiran pembangunan.


TERAS STRATEGIK PEMBANGUNAN BAHAGIAN SAMARAHAN


  • Meningkatkan pengeluaran makanan bagi Negeri Sarawak melalui kaedah komersil serta pemodenan Sektor Pertanian dan Perikanan, di samping meningkatkan sumber pendapatan para petani.
  • Meningkatkan pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menonjolkan kemampuan Samarahan bersaing menjadi sebuah pusat kecermelangan akademik.
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat, di samping mempromosikan pelancongan di bahagian ini.
  • Menggunakan sepenuhnya estet-estet industri yang sedia ada dan mewujudkan kawasan estet industri yang baru bagi menggalakkan pembangunan Industri Kecil Sederhana.
  • Melaksanakan pemuliharaan dan perlindungan terhadap kawasan hutan simpan, kawasan tadahan hujan dan sungai.
  • Merancakkan pembangunan infrastruktur Bahagian Samarahan.
  • Mengukuhkan kerjasama institusi awam Bahagian Samarahan.