Perutusan

Perutusan


Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini
Residen
Bahagian Samarahan, Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih atas kesudian anda melayari Laman web kami. Semoga mendapat manafaat dan pengetahuan yang berguna dari laman web yang kami paparkan ini. Melalui laman web ini, kami cuba membawa anda mendekati Bahagian Samarahan dengan memaparkan pelbagai maklumat serta latar belakang mengenai Bahagian Samarahan.

Bahagian Samarahan merangkumi empat daerah iaitu Daerah Samarahan, Serian, Simunjan dan Asajaya serta dua daerah kecil iaitu Sebuyau dan juga Tebedu.

Kota Samarahan adalah merupakan Pusat Pentadbiran Bahagian Samarahan dan ia kian pesat membangun sejajar dengan wawasan Kerajaan untuk menjadikan Kota Samarahan sebagai pusat penyelidikan dan pengajian tinggi di negeri ini. Dalam merealisasikan wawasan ini maka telah terbina pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Maktab Perguruan Tun Abdul Razak dan beberapa buah Sekolah khas yang lain.

Kota Samarahan juga akan dijadikan sebagai pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC) yang dibentuk mengikut konsep Klinik Mayo yang terkenal di Amerika Syarikat dan telah diiktiraf sebagai model bagi perubatan moden dan penyelidikan dan akan mempelopori peranan Samarahan sebagai pusat kecemerlangan perubatan. Sementara program sosial yang menyediakan pelbagai kemudahan dan prasana seperti perumahan rakyat, kemudahan Jalanraya, bekalan letrik, bekalan air bersih terutama di kawasan luar bandar.

Samarahan adalah salah sebuah kawasan bagi pengeluaran utama makanan di negeri ini. Dengan keluasan kira-kira 4,961 km persegi di sudut pembangunan pertanian ia juga erjaya mempelbagaikan ekonomi setempat. Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Samarahan (IADP) meliputi sebahagian besar kawasan dengan menyediakan projek skim pengairan dan saliran yang teratur, ladang kelapa, kelapa sawit, jalanraya, jambatan dan sebagainya dalam membantu menigkatkan taraf hidup rakyat.

Dengan adanya laman web ini sedikit sebanyaknya anda telah mengetahui latar belakang dan kehidupan masyarakat di Bahagian Samarahan dan untuk mengetahui lebih lanjut, kami mengalu-alukan kunjungan anda dengan bersantai di hujung minggu bersama keluarga.

Sekian, terima kasih.