503 Kakitangan Awam Terima Pingat Perkhidmatan Setia

Berita Semasa

KOTA SAMARAHAN, 30 Jul 2008, Rabu - Seramai 503 kakitangan awam menerima Pingat Perkhidmatan Setia yang diadakan di Dewan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Jabatan Pelajaran Sarawak mencatatkan bilangan penerima paling ramai iaitu 151 orang, disusuli Jabatan Kesihatan Negeri 127 penerima, UNIMAS (39 penerima), Jabatan Hutan Sarawak (24) penerima), Jabatan Kastam DiRaja (24 penerima), Jabatan Kerja Raya Sarawak (21 penerima), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (20 penerima), Jabatan Imigresen Malaysia (18 penerima), Majlis Perbandaran Pedawan (18 penerima), Jabatan Perbendaharaan Negeri (8 penerima), Jabatan Audit Negara (8 penerima), Universiti Teknologi Mara (UiTM) (7 penerima), Jabatan Ketua Menteri (Unit Pengurusan sumber Manusia), Jabatan Ketua Menteri (Unit Pentadbiran) dan Jabatan Ketua Menteri (Unit Perancangan Negeri) masing-masing tiga penerima. Mendahului penerima pingat itu ialah Pegawai Daerah Samarahan, Mohd Ainnie b. Haji Wahab yang telah berkhidmat selama 28 tahun diikuti oleh Encik Zulkipli b. Hassan dari Pejabat Residen Samarahan yang telah berkhidmat selama 30 tahun.

Ketika pemerintahan Brooke, pingat itu dikenali dengan nama 'Long Service Decoration' dan ia diberikan kepada mereka yang berkhidmat lama serta menunjukkan mutu perkhidmatan cemerlang.

Bermula tahun 1950-an, era pemerintahan British, gelaran itu ditukar kepada 'Long Service Badge' dengan tujuan yang sama. Bersesuaian dengan perubahanpemerintahan, ia sekali lagi bertukar nama kepada Pingat Perkhidmatan Lama bermula 1963. Akhirnya pada tahun 1996, pingat berkenaan dinamakan Pingat Perkhidmatan Setia sehingga kini.

Majlis penyampaian pingat itu telah disempurnakan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Pengurusan Sumber, Dato Sri Haji Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Pehin Sri Haji abdul Taib Mahmud.

Kakitangan Pejabat Residen Dan Daerah Samarahan yang menerima ialah terdiri dari Encik Mohd Ainnie b. Haji Wahab, Encik Zulkipli b. Hassan, Encik Chung Nyuk Nam, Encik Je-eb Ak Igan, Encik Watt Ak Nyambong, Encik Haini Mahli, Encik Joli b. Laku, Encik Wan Bujang Jenalabidin bin Wan Mahjar, Encik Eshak b. Ramli, Encik Narimin b. Kipli, Encik Wan Radili b. Wan Seman, Haji Ali @ Muslim b. Badrin, Encik Sulaiman b. Haji Saji, Encik Libar Ak Lidok, Encik Bakar b. Jamali dan Encik Masanu b. Adis.