Daerah Simunjan

Selamat datang ke Daerah Simunjan



Latar Belakang Daerah Simujan

Daerah Simunjan adalah salah sebuah Daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching dengan menggunakan jalan darat dan 103 km melalui jalan air (sungai). Sebuyau dan Gedong adalah di bawah Pentadbiran Daerah Simunjan.

Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit bukau. Namun demikian, ianya juga mempunyai kawasan paya di pedalaman dan tanah rendah di persisiran pantai dan tebingan Sungai Batang Sadong. Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama di Daerah Simunjan.

Pekan-pekan penting di bawah Pentadbiran Simunjan ialah Simunjan, Gedong, Sebangan dan Sebuyau. Jumlah penduduk Daerah Simunjan ialah 37,561.00 orang (Sumber: Perangkaan 2000). yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Secara keseluruhannya, pekerjaan utama penduduknya ialah petani dan nelayan.

Usaha untuk membangunkan ekonomi Daerah Simunjan sedang giat dirancang dan dilaksanakan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan semasa. Kemudahan-kemudahan asas kini diberi perhatian khusus agar segala aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan jayanya sejajar dengan pakej ransangan.