Piagam Pelanggan

  • Mengeluarkan surat pesanan pembelian/perkhidmatan dengan serta merta;
  • Membuat urusan pembayaran bil-bil dalam tiga (3) hari bekerja;
  • Menjamin penghantaran surat jabatan, pekeliling dan jemputan bagi edaran dalam kawasan perbandaran/daerah disempurnakan dalam masa satu (1) hari bekerja.
  • Lesen Perkahwinan Khas yang telah lengkap diisi akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
  • Lesen Senapanag patah (Shotgun) melalui probet yang lengkap diterima akan dimaklumkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Pengeluaran Lesen Pungutan Awam yang lengkap diterima akan dimaklumkan dalam tempoh lapan (8) hari bekerja;
  • Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Rancangan Malaysia dapat disiapkan dan dihantar kepada Jabatan Ketua Menteri (Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Negeri) dan agensi yang terlibat dalam setiap tiga (3) bulan sekali, yakni minggu pertama/kedua setiap bulan Januari, April, Julai dan Oktober; dan
  • Pengurusan acara dilaksanakan mengikut perancangan/jadual/aturcara yang ditetapkan oleh jawatankuasa.



*** Tempoh pemprosesan di atas tertakluk kepada borang permohonan adalah lengkap dan pegawai yang bertanggungjawab berada di pejabat.