Daerah Serian


Selamat datang ke Daerah Serian





Latar Belakang Daerah Serian

Daerah Serian adalah merupakan salah sebuah daerah dalam pentadbiran Bahagian Samarahan sejak tahun 1987. Sebelum itu Serian yang dulunya dikenali dengan Upper Sadong District Council adalah dibawah bidangkuasa Bahagian Pertama iaitu Kuching.

Daerah Serian mempunyai keluasan seluas 1,762.4 kilometer persegi merangkumi daerah kecil Tebedu yang merupakan pintu masuk bagi sempadan Kalimantan Barat Indonesia . Menurut Laporan Profil Bahagian Samarahan 2007 Serian mempunyai jumlah penduduk seramai 92,200 orang yang majoritinya adalah kaum Bidayuh dan diikuti oleh kaum Iban, Melayu, Cina dan lain-lain.

Daerah Serian merupakan sebuah daerah yang mula awal membangun kalau dibandingkan dengan daerah daerah yang lain di Bahagian Samarahan. Dengan keindahan kawasan rekreasinya seperti Kawasan Air Terjun Ranchan dan juga Tasek Danau menjadikan Serian sebagai sebuah kawasan tarikan pelancong dari dalam mahupun luar negeri.

Pentadbiran daerah Serian diketuai oleh Pegawai Daerah dan mempunyai bangunan Pejabatnya sendiri di tengah-tengah bandar yang sentiasa sibuk dengan urusan hariannya memudahkan penduduknya membuat segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran. Selian dari kemudahan rekreasi ia juga mempunyai pelbagai kemudahan awam termasuk Istitusi kewangan seperti Bank dan sebagainya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai butiran daerah ini bolehlah berkunjung ke Daerah Serian disamping bersiar-siar menimati keindahan alam semulajadi di Air Terjun Ranchan.