Hapuskan Kemiskian
Ketua Menteri yakin pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat, mampu menghapuskan kemiskinan penduduk di luar bandar negeri iniGEDONG, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yakin pertumbuhan ekonomi Sarawak yang semakin meningkat masa kini, mampu menghapuskan kemiskinan penduduk luar bandar.
Menurutnya, pendapatan perkapita Sarawak akan terus meningkat setiap tahun jika rakyat terus berusaha gigih. Sehubungan itu beliau memberi jaminan pendapatan ekonomi yang terus meningkat mampu melepaskan rakyat negeri ini daripada perangkap kemiskinan.

"Pertumbuhan ekonomi negeri kita akan terus meningkat, jika rakyat terus berusaha keras dengan bekerja bersungguh-sungguh merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan sekarang, " katanya. Berucap pada ramah tamah Aidilfitri peringkat bahagian Samarahan dan perasmian masjid baru di Kampung Gedong di sini semalam, Ketua Menteri mengajak rakyat pelbagai kaum meneruskan usaha membangunkan negeri dengan memberi latihan dan kemahiran secukupnya kepada generasi baru.
Hadir sama Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Haji Mohd Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri dan Residen Bahagian Samarahan Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini.
Pehin Sri Taib menegaskan, rakyat perlu bekerja dengan beretika tinggi untuk melaksanakan pembangunan yang telah dirancangkan di seluruh kawasan negeri ini.
"Rakyat harus berusaha memajukan diri sendiri (Keluarga), masyarakat serta negeri melalui proses tranformasi pembangunan yang berlaku sekarang untuk mengubah nasib mereka,"katanya.
Ketua Menteri berkata, peluang pekerjaan yang banyak disediakan kerajaan dalam perancangan pembangunan koridor wilayah memberi rakyat pekerjaan yang mencukupi, Justeru, kerajaan amat bergantung kepada kemahiran dan kepandaian anak-anak tempatan untuk merealisasikan impian itu.
"Pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) amat memerlukan sentuhan tenaga mahir tempatan yang mampu mengubah corak negeri ini pada masa akan datang.
"Justeru, ibu bapa harus memberi pendidikan sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka," ujar beliau.
Pehin Sri Taib juga berharap rakyat tidak termakan hasutan golongan tertentu yang menghalang pembangunan semata-mata mahu melihat rakyat terus mundur. Katanya, politik main-main saja yang dicanangkan oleh pihak yang suka melihat rakyat ketinggalan daripada arus pemodenan dan pembangunan pesat negeri ini harus dilupakan. Mengenai masjid baru itu, katanya, ia sebagai lambang perpaduan penduduk di sini, justeru ia diharap menjadi wadah melahirkan insan yang berakhlak mulia di dunia dan akhirat.
Masjid yang bernilai RM2.2 juta itu dibina pada 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2004 dan ia mampu menampung 1,000 jemaah.