Perasmian Jambatan Baru Sungai Sebuyau

Luar bandar tak diabai
Berita Semasa

SEBUYAU, Selasa - Kerajaan akan mensturktur semula projek yang telah dirancang dan diluluskan tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat di kawasan luar bandar walaupun kini dibebani dengan kenaikan harga.

Perdana Menteri Datuk Patinggi Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan perhatian sewajarnya akan diberikan untuk terus meningkat taraf hidup penduduk di luar bandar termasuk di Sarawak. Menurutnya, untuk tujuan itu agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah diarah untuk mengambil langkah yang proaktif bagi emastikan masyarakat luar bandar mendapat pendapatan yang lebih baik.

"Kita tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat luar bandar walaupun berhadapan peningkatan kos selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini dan tidak akan mengenepikan kepentingan rakyat khasnya di luar bandar," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Jambatan sungai Sebuyau di sini, hari ini.

Jambatan Sungai Sebuyau sepanjang 171 meter itu mula dibina pada tahun 2003 dan siap pada bulan Oktober tahun lalu dengan kos sebanyak RM6.88 juta. Beliau berkata, bagi menghadapai krisis makanan kerajaan akan memperhebatkan lagi bidang pertanian secara besar-besaran dengan menggunakan penggunaan teknologi yang lebih moden.

"Ini kita lakukan untuk meningkan lagi pengeluaran makanan negara untuk menampung keperluan makanan yang mencukupi kepada rakyat," katanya.
Perdana Menteri memberitahu, bagi Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan untuk memajukan projek agropilitan yang dikenal pasti di dalam dan luar Pembangunan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE).

Menurutnya, sebanyak lima kawasan tekah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek itu iaitu di Pulau Bruit, Mukah, Bukit Sadok, Stumbin-Lingga, Sri aman, Batang Sadong, Bahagian Samarahan dan Telang Usan, Miri.

"Perlaksanaan projek ini akan dapat menambahkan lagi pendapat petani dari RM300 kepada RM1,500 sebulan," jelasnya.

Katanya, bagi tujuan itu kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi memajukan sektor pertanian negara ini yang bermula di Sarawak.
Beliau menarik perhatian, bahawa usaha kerajaan memperhebatkan lagi bidang pertanian secara besar-besaran itu turut menarik pelabur dari Arab dan Jepun.


(Petikan dari Utusan Sarawak, Rabu 11 Jun 2008 oleh Safri Ali)