Keluasan, Populasi & Kepadatan


Sejarah Bahagian

Keluasan & Kepadatan Populasi

Keluasan, Populasi dan Kepadatan Populasi
Bahagian Samarahan

Jumlah Penduduk Berdasarkan Suku Kaum

Penduduk di Bahagian Samarahan terdiri dari berbilang kaum, iaitu Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Melanau dan lain-lain. Banci penduduk tahun 2000 menunjukkan kaum Melayu merupakan kaum majoriti, iaitu seramai 79,771 orang atau 40.5% daripada jumlah penduduk, diikuti oleh kaum Bidayuh seramai 52,681 orang atau 40.5%, Iban seramai 38,757 orang atau 19.1% dan cina sebanyak 22,895 orang atau 11.1%.

Sumber: Laporan Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000 Taburan Penduduk dan ciri-ciri Asas Demografi, 2000

Keluasan

Luas kawasan Bahagian Samarahan ialah 4,967.45 kilometer persegi dengan Daerah Simunjan adalah yang terbesar iaitu meliputi 44.7 peratus keluasan Bahagian ini dan daerah Samarahan mempunyai keluasan yang terkecil yang hanya meliputi kira-kira 8.2 peratus.

Berdasarkan banci penduduk 2000, purata kadar pertumbuhan penduduk di Bahagian Samarahan ialah 2% setahun. manakala bagi Daerah Samarahan purata kadar pertumbuhan ialah 4.5% iaitu paling tinggi diikuti oleh Daerah Asajaya dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 1.9%, Daerah Serian 1.4% dan Daerah Simunjan hanya 0.8%.

Pecahan penduduk mengikut daerah pula menunjukkan Daerah Serian mempunyai penduduk yang paling ramai iaitu sebanyak 92,200 orang diikuti Daerah Samarahan seramai 56,300 orang. Dari segi kompisisi penduduk di daerah-daerah di Bahagian Samarahan, kaum Melayu masih menjadi kaum majoriti di daerah Samarahan, Asajaya dan Simunjan, manakala di daerah Serian majoriti penduduk adalah kaum Bidayuh. Kaum Iban dan Cina pula merupakan kaum yang kedua terbesar di setiap daerah. Kaum Cina kebanyakkan menetap di bandar, pekan atau pasar-pasar yang terdapat di Bahagian Samarahan.

Bilangan Penduduk Berdasarkan Jantina

Berdasarkan Laporan kiraan Permulaan bagi kawasan Bandar dan Luar bandar 2000, agihan penduduk Bahagian Samarahan mengikut jantina tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Seramai 99,093 orang merupakan penduduk lelaki dan selebihnya penduduk perempuan.

Berdasarkan Strata bilangan penduduk di Bahagian Samarahan, kesemua daerah adalah luar Bandar kecuali daerah Samarahan. 49.3% dari penduduk daerah Samarahan adalah dikategorikan sebagai penduduk bandar dan 50.7% adalah penduduk luar bandar.

Kepadatan Penduduk

Purata kepadatan populasi di Bahagian Samarahan ialah 42 orang per kilometer persegi. Bagi Daerah Samarahan puratanya ialah 125 per kilometer persegi, Serian 43 per kilometer persegi, Simunjan 18 orang bagi per kilometer persegi dan Asajaya ialah 104 bagi setiap per kilometer persegi.