Jubni Dan Hajah Temah Johan Tilawah Al- Quran Daerah Samarahan

Berita Semasa

SEBUYAU 16.03.2009: Seramai 12 orang peserta Qari dan Qariah menyertai Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Samarahan yang telah berlansung di Masjid, Kampung Pengakalan Kuap, Kota Samarahan dua malam yang lalu dan berakhir malam tadi.

Pada tahun ini Kampung Pengkalan Kuap telah terpileh menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis tersebut. Ianya adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk dalam menganjurkan sesuatu majlis seumpama ini dan usaha ini telah menampakkan kesungguhan di kalangan mereka dalam menjayakan majlis ini.

Pada majlis tersebut Jubni bin Sulong telah dinobatkan sebagai Johan Qari dan Hajah Temah Haji Abu Bakar, sebagai Johan Qariah. Sementara Naib johan Qari disandang oleh Ismawai bin Ibrahim dan ketiga dimenangi oleh Sabu bin Sli. Bagi Qariah, naib johan Isah bt. Jamaludin dan ketiga Mariam bt. Haji Zain.

Pada majlis itu juga telah diumumkan peserta-peserta yang telah layak terpileh ke Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan yang akan berlansung di Dewan Suarah, Kota Samarahan pada 21 dan 22 Mac ini nanti. Mereka terdiri dari Jubni bin Sulong, Ismawi bin Ibrahim, Sabu bin Sli dan Alsagaf bin Haji Beli mewakili daerah Samarahan, Haji Awang Azid Haji Awg. Yusuf dan Kipli bin Suut mewakili daerah Asajaya untuk kategori Qari. Bagi Qariah pula Hajah Temah Haji Abu Bakar dan Isah Jamaludin mewakili daerah Samarahan, manakala mewakili daerah Asajaya ialah Siti Jamilah Haji Abd. Rahman, Fasihah bt. Haji Arpa dan Hajah Ramlah Pelanchoi dsan wakil tunggal yang mewakili daerah Simunjan ialah Hajah Sharifah Rabiah Syed Mohammad.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan Kol (B) Awangku Jamuddin Pengiran Haji Kon, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri mewakili YB. Dato Sri Haji Mohd. Ali Mahmud. Turut sama ialah Mohd. Ainnie Haji Wahab, Pegawai Daerah Samarahan serta beberapa tetamu lain.




Hajah Amnah turut memperdengarkan bacaannya pada majlis tersebut sebagai Qariah undangan khas




Johan Qari Jubni Sulong menerima hadiah daripada Kol (B) Awangku Jamudin




Hajah Temah Haji Abu Bakar Johan Qariah turut menerima hadiah




Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Kampung Pengkalan Kuap menyerikan majlis




Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut



Sumber: Jawatankuasa Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samaarahan, 2009M / 1430H