Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS)

Berita Semasa

Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri kepada agensi-agensi Sektor Awam Negeri Sarawak yang telah berjaya menonjolkan kecemerlangan menyeluruh dalam pengurusan organisasi masing-masing serta mampu menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Pelaksanaan AKKMS ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama di bawah Gerakan Budaya Kerja Cemerlang.

Di bawah anugerah ini, calon akhir yang tidak terpilih sebagai pemenang Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) akan dipertimbangkan untuk memenangi salah satu anugerah-anugerah seperti berikut:

a. Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (AKSKN);

b. Anugerah Kualiti Pejabat Residen Sarawak (AKSPS);

c. Anugerah Kualiti Pejabat Daerah Sarawak (AKPDS);

d. Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak (AKPBT); dan

e. Anugerah Kualiti Pejabat Cawangan Sarawak (AKPCS)

Anugerah-anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktirafkan agensi-agensi lain yang juga cemerlang tetapi belum mencapai tahap memenangi AKKMS.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan turut tidak ketinggalan dalam menyertai proses penilaian ini dan Ahli Panel yang terdiri dari Encik Abdul Latip Abu Seman, selaku Pengerusi Panel serta dibantu oleh Puan Toieyah bt. Tioh dan Encik Abdullah Julaihi selaku ahli telah pun berkunjung ke Pejabat ini selasa lalu untuk menjalankan proses penilaian mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Hadiah-hadiah Untuk Pemenang :


Ahli Panel sedang membuat penilaian


Gambar kenangan kakitangan Pejabat Residen Samarahan bersama Ahli Panel AKKMS




Sumber: Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Residen Samarahan